artikel patung bogel di malay kmrn ada lanjutannya nih....
Quote:
Koleksi anak orang kaya
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email]anbia@hmetro.com.my[/email]
KUALA LUMPUR: Kebanjiran patung permainan lucah yang dijual di beberapa pusat beli-belah sekitar ibu kota dikesan dibawa masuk peniaga tempatan semata-mata bagi memenuhi minat dan hobi aneh terutama golongan anak orang kaya yang menggemarinya.
Perkara ini didedahkan Ketua Unit Penguat kuasa Pusat, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohd Rizal Abidin selepas melakukan beberapa serbuan ke premis menjual permainan, susulan pendedahan Harian Metro berhubung penjualan permainan lucah 4 Ogos lalu.
Menurutnya, rata-rata peniaga ditemui mendakwa hanya menjual patung terbabit terutama kepada golongan anak ‘orang berada’ berikutan harga patung terbabit menjangkau hingga RM200 setiap satu.
“Apa yang dimaklumkan oleh peniaga, kebanyakan patung permainan ‘terlampau’ ini mendapat tempat terutama di kalangan remaja yang membelinya untuk koleksi peribadi atau dijadikan cenderamata kepada rakan-rakan.
“Pihak KDN memandang serius penjualan patung permainan berunsur lucah ini dan siasatan dilakukan sebaik berita berkenaan disiarkan. Tindakan perlu diambil kerana patung permainan lucah ini mengandungi unsur yang boleh memudaratkan moral masyarakat,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, beberapa operasi dilakukan membabitkan empat lokasi kedai mainan sekitar pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Brickfields sejak Isnin minggu lalu.
“Operasi membabitkan lapan anggota KDN Putrajaya dibantu pegawai KDN Selangor diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa Kanan, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Mohamad Hashim Kamaruddin akhirnya berjaya mengesan pelbagai jenis patung lucah didapati dijual secara terbuka kepada orang ramai.
“Hasil daripada bukti diperoleh, pihak KDN bertindak merampas lebih 114 unit patung permainan berbaur lucah berkenaan dari semua premis terbabit,” katanya.
Semua patung lucah bernilai hampir RM10,000 terbabit dirampas dan dibawa ke ibu pejabat KDN Putrajaya sementara tindakan pendakwaan dilakukan.
“Pemilik premis memiliki dan menjual patung itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 dengan penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM20,000,” katanya
Menurutnya, rata-rata peniaga menjual patung lucah berkenaan menyedari kesalahan dilakukan.
“Mereka mendakwa patung terbabit yang diimport terutama dari China berjaya melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di pelabuhan sebelum diseludup ke negara ini,” katanya.